10 February 2009

Resepsi : Wadi & Fiza

Majlis menyambut menantu pula berlangsung seminggu selepas majlis itu hari. Dan majlis ini diadakan di Salor, Pasir Mas, Kelantan. Ini merupakan kali ke-3, Capturepixs dapat panggilan untuk cover majlis di sebelah pantai timur. Sesuai dengan servis yang kami tawarkan iaitu wide-coverage, selagi ada yang meminati hasil kerja Capturepixs dan menginginkan Storybook Album yang terbaik dan design yang lain daripada photographer lain, selagi itu Capturepixs akan turun kemana saja hatta ke Sabah, Sarawak sekalipun.


Sebelum majlis berlangsung, hujan turun renyai tetapi Alhamdulillah mula beransur reda menjelang tengahari sebelum Fiza tiba bersama rombongan. Majlis yang sederhana sesuai dengan amalan kebanyakan penduduk sebelah pantai timur namun ianya tetap meriah tatkala kehadiran sekali lagi rakan-rakan dari Swift Club.

Ketika majlis sudah tamat, hujan kembali turun. Mungkin memberi peluang untuk pengantin tidur dengan nyaman sekali malam nanti.


















Capturepixs Studio
"Professional Photographer for Professional Photography"

1 comments:

Anonymous said...

Syabas untuk capturepix.. mmg mantol

Post a Comment
CAPTUREPIXS STUDIO © 2013 Supported by Best Blogger Templates and Premium Blog Templates