03 February 2009

Photogenic

Photogenic atau dalam bahasa melayu-nya Fotogenik.
Dan bagaimana untuk menjadi seorang yang fotogenik?.
Adakah ianya semulajadi atau boleh dilatih pada seseorang individu?.

Sebenarnya seseorang boleh kelihatan fotogenik berdasarkan
beberapa kaedah dan cara yang akan Capturepixs kongsikan bersama.
Tip ini hampir 80% berjaya menjadikan seseorang itu kelihatan menarik
di dalam foto dan mereka amat menyukai foto tersebut berbanding sebelumnya.

1. Pilih pakaian yang bersesuaian
- Memilih pakaian adalah perkara utama. Corak pada pakaian juga memainkan peranan.
Begitu juga saiz pakaian biarlah bersesuaian dengan badan. Kalau tersalah pilih, kalian akan kelihatan lebih besar dari size sebenar dan sebaliknya. Sebagai contoh, pakaian berjalur tegak dan berwarna gelap tidak sesuai untuk seseorang
yang tinggi berbadan kurus.

2. Memilih warna pakaian
- Warna juga memainkan peranan . Warna yang gelap kebiasaannya akan menonjolkan seseorang itu kelihatan lebih kurus. Pilih warna pakaian berdasarkan warna kulit kalian dan juga warna rambut. Padankan agar ia bersesuaian. Memakai baju biru dan blouse biru sebagai contoh akan membuatkan wajah kalian tenggelam.

3. Kenalpasti sudut terbaik
- Untuk mengenalpasti 'angle' terbaik kalian. Ini melalui latihan kalian bergambar. Dan sentiasa lihat gambar yang menarik berdasarkan 'angle' badan kalian. Ia dapat membantu kalian supaya tidak kekok sekiranya di minta oleh jurugambar untuk melakukan pose.

4. Tenangkan diri
- Antara sebab gambar kalian tidak kelihatan fotogenik adalah kerana kalian gusar dan tidak tenang semasa berhadapan dengan kamera. Relax dan tenangkan bahu serta bahagian tangan kalian. Seterusnya jangan menahan nafas kerana ini akan membuatkan anda kelihatan tension. Sekiranya jurufoto lambat merakam foto anda, jangan cepat rimas dan teruskan pose dengan tenang dan sentiasa tersenyum.

5. Kenal-pasti jenis senyuman
- Senyum, sengih atau ketawa akan merubah ekpresi wajah kalian. Tiada apa yang paling menarik dalam sebuah potret kalian melainkan senyuman manis. Cuba berlatih untuk senyum dihadapan cermin dan lihat senyuman bagaimana yang menarik dan membuatkan wajah kalian lebih cantik. Kebanyakan fotogenik adalah senyuman yang menampakkan sedikit barisan gigi. hadapan. Tetapi harus diingat, pastikan gigi kalian putih dan bersih. Sekiranya kalian tidak suka akan kelihatan gigi, pastikan senyuman kalian tidak terlalu dibuat-buat.
Memaksa untuk senyum akan membuatkan gambar kalian kelihatan sungguh buruk.

6. Fikirkan perkara yang gembira
- Memikirkan perkara gembira atau tentang saudara mara, rakan-rakan atau anak saudara kalian yang comel ( siapa sahaja yang buat kalian rasa happy ) bakal membuatkan kalian kelihatan ceria. Jangan memaksa diri kalian untuk senyum terlalu lama kerana ia membuatkan kedutan muka kelihatan tegang. Pastikan kalian ulang senyuman setiap 30 saat sekiranya jurufoto mengambil masa terlalu lama.

7. Dapatkan jurufoto yang bagus
- Selain diri kalian sendiri yang perlu berlatih dan memahami bahasa tubuh kalian. Jurufoto juga adalah merupakan individu yang penting dalam merakamkan potret fotogenik kalian. Dapatkan seorang jurufoto yang berpengalaman, dan sebolehnya yang menggunakan peralatan yang bersesuaian. Jurufoto yang berpengalaman sudah pasti akan tahu untuk membantu kalian memberikan pose yang terbaik dan mereka dapat mengetahui sudut dan ekpresi wajah kalian yang paling menarik untuk mereka rakamkan. Peralatan milik jurufoto juga adalah bagi membantu mereka mendapatkan foto yang terbaik. Justeru itu, jurufoto yang berpengalaman dan professional sudah pasti menggunakan peralatan yang baik dan bersesuaian. Selain itu, perkara kedua adalah berkenaan jurufoto adalah dengan memilih jurufoto yang mempunyai PR yang bagus seperti peramah dan mempunyai 'sense of humor' yang tinggi supaya kalian tidak merasa janggal mahupun kekok semasa penggambaran.

8. Pengolahan Digital
- Cara terakhir adalah melalui proses olahan digital. Ini setelah pelbagai cara yang dilakukan tetapi kalian masih kelihatan tidak menarik di dalam foto. Pengubahan dari segi efek cahaya, olahan warna dan gabungan warna memainkan peranan untuk membantu foto kalian kelihatan lebih menarik berbanding sebelumnya. Namun harus diingat, etika seorang jurufoto adalah dengan tidak mengubah bentuk fizikal subjek mahupun penukaran latarbelakang menjadikan foto tersebut lebih dari 50% berbeza dari foto asal.


Akan datang, Capturepixs akan sambung berkaitan bagaimana memilih jurufoto yang bagus dan yang bersesuaian dengan majlis kalian. Nantikan...





Capturepixs Studio
"Professional Photographer for Professional Photography"

0 comments:

Post a Comment
CAPTUREPIXS STUDIO © 2013 Supported by Best Blogger Templates and Premium Blog Templates