02 January 2009

About Us

Capturepixs Studio ditubuhkan sekitar 2006 oleh sekumpulan anak muda dari Johor Bahru
yang sudah lama aktif berfotografi dan berpengalaman dalam bidang fotografi. Ditubuhkan bagi mengembangkan lagi industri fotografi dan melebarkan sayap ke persada antarabangsa bagi meneruskan minat dalam bidang ini.

Capturepixs bukan sahaja berpengalaman dalam fotografi perkahwinan, tetapi turut berpengalaman dalam fotografi korporat, komersial, potraiture, studio dan lain2.


Jurufoto senior yang berpengalaman di Capturepixs terdiri dari :-

Izat - Senior Photographer / Manager
- seorang Town Planner yang mana sudah menceburi bidang fotografi bermula sejak tahun 2000, ketika zaman kamera filem dan beralih ke zaman kamera digital.
Mempunyai sense of humor yang tinggi dan seorang yang peramah.


Ayares - Senior Photographer / Marketing Manager
- bekas pelajar UTM dalam bidang Computer Science meminati fotografi sejak zaman sekolah.
Setelah bergelar graduan sekitar 2004 dan dapat memiliki DSLR sendiri, beliau mula menceburi bidang fotografi dan menjadikan fotografi sebagai kerjaya utama sehinggalah tertubuhnya Capturepixs.


Din - Senior Photographer / Lighting Director
- pengalaman lebih dari 16 tahun dalam bidang fotografi membuatkan beliau mendapat gelaran 'Sifu' dari mereka yang baru menceburi bidang fotografi. Hasil kritikan pedas beliau dalam setiap sesi kritik di Capturepixs menjadikan hasil setiap jurufoto makin menyerlah dan meningkatkan skill masing-masing. Mempunyai daya kreativiti dan 'art of seeing' yang tinggi.


Didiz - Senior Photographer / Art & Design Director
- jolokan 'Sifu Grafik' sudah tidak asing lagi. Sebut sahaja nama Didiz, ramai dikalangan jurufoto sudah mengenali beliau kerana memiliki bakat dalam olahan grafik. Pengalaman hampir 10 tahun dalam bidang graphic and design menjadikan titik tolak bagi beliau menjadikan fotografi sebagai satu sumber inspirasi dalam meneruskan minat dalam bidang grafik. Hasil grafik yang mantap menjadikan Capturepixs berbeza dari team jurufoto lain.


Fendy - Senior Photographer / Designer
- Sudah lebih 4 tahun, beliau menuntut ilmu dalam bidang fotografi dibawah bimbingan Capturepixs team dan kini beliau telah mahir dan mempunyai skill yang sama. Beliau seorang yang 'fast learner' dan dari junior kini sudah bergelar senior. Merupakan designer tetap di Capturepixs dan hasil design beliau menarik minat ramai bakal-bakal pengantin.


Khamel - Junior Photographer
- Dibawah didikan dan tunjuk ajar jurufoto senior Capturepixs, Khamel telah menunjukkan bakat yang terpendam. Setelah 2 tahun mengikuti setiap tugasan Capturepixs, Khamel kini sudah mampu untuk menjalankan tugasan beliau sendiri dengan hasil foto yang menyamai jurufoto senior. Khamel memiliki daya P.R yang tinggi dan itu merupakan kelebihan beliau.



Firdauz - Junior Photographer
- Selaku seorang guru, beliau sentiasa berinteraksi dengan ramai orang.  Kelebihan itu digunakan untuk beliau bagi memeriahkan majlis dan mampu mendapatkan foto candid yang begitu menghiburkan hati pengantin. Mempunyai daya kreativiti dan seni sebagai pelukis merupakan satu bonus bagi beliau untuk mencari idea dalam setiap hasil foto yang beliau hasilkan.




Capturepixs Studio
Professional Photographer for Professional Photography.

0 comments:

Post a Comment
CAPTUREPIXS STUDIO © 2013 Supported by Best Blogger Templates and Premium Blog Templates