• image01

    Creative

    Duet

  • image02

    Friendly

    Devil

  • image03

    Tranquilent

    Compatriot

  • image04

    Insecure

    Hussler

  • image05

    Loving

    Rebel

  • image06

    Passionate

    Seeker

  • image07

    Crazy

    Friend

30 June 2009

Persandingan : Dr. Khadijah & Radzi





Seperti dijanjikan, beberapa foto semasa persandingan antara Dr. Khadijah & Radzi.
Kawan-kawan yang datang semua happening dan sporting.


Gambar Outdoor, boleh jengah di SINI.


Regards ;

Ayares
Senior Photographer
Capturepixs Studio


* assignment by Artcreative Photography

24 June 2009

Perkahwinan : Sharena & Izhar



Perkahwinan antara Sharena dan Izhar ni dah lama berlangsung. Pada 24 May 2009 yang lalu. Album mereka dah pun hampir siap. Dalam seminggu dua lagi dapatlah dorang album.
Seperti yang kami janjikan. Paling lewat pun sekitar 45 hari selepas majlis perkahwinan mereka.



Regards

Ayares
Senior Photographer
Capturepixs Studio
Johor Wedding Photographer
www.capturepixs.com.my

17 June 2009

Perbezaan Jurufoto II

Kalu sebelum ini kami menyentuh tentang zaman digital dan perbezaan berkaitan kualiti. Tapi kali ni nak sentuh pula tentang perbezaan jurufoto dari sudut harga. Setiap kali bakal pengantin berkira-kira dalam mencari jurufoto, sudah pasti mereka melakukan 'window shopping' terlebih dahulu. Sekurangnya mereka akan mencari mengikut beberapa kriteria yang mereka sendiri tetapkan mengikut situasi masing-masing.

Pengantin yang bijak akan mencari mengikut citarasa mereka. Kerana mereka tahu perkahwinan yang akan diadakan cuma sekali seumur hidup mereka. Akan tetapi, citarasa bukanlah satu perkara utama sehinggakan mengabaikan kriteria lain seperti bajet yang terhad. Bagi pengantin yang tidak mempunyai masalah tentang kewangan, sudah pasti akan mencari jurufoto yang boleh memenuhi citarasa mereka.

Dan bagi pengantin yang mempunyai bajet terhad terhadap majlis perkahwinan mereka. Sudah pasti akan berkira untuk mencari jurufoto yang didalam bajet mereka tetapi dalam masa sama juga memenuhi citarasa mereka. Maka mereka akan membuat 'window shopping' terlebih dahulu. Sekurangnya 5 jurufoto yang akan di pilih untuk mereka dapatkan brosur pakej bagi membuat penilaian tentang harga yang di caj oleh jurufoto.

Pada kebiasaan yang ada di dalam dunia fotografi perkahwinan, jurufoto yang baru mula menceburi bidang ini akan mengenakan caj yang rendah. Ini kerana nilai sesuatu pakej yang berkaitan dengan servis adalah bergantung kepada kemahiran dan idea yang dipersembahkan. Setelah semakin lama seorang jurufoto berkecimpung dalam bidang ini dan makin mahir serta mampu menghasilkan gambar yang lain dari jurufoto lain, maka nilai pakej turut akan bertambah sejajar dengan kemahiran yang ada.

Pada 20 tahun yang lalu, nilai servis fotografi adalah bergantung pada nilai satu roll filem iaitu sekitar RM150 setiap roll yang digunakan. Malah ada yang mengenakan caj sekitar RM100 setiap roll. Dan harga servis ini berterusan tanpa perubahan sehingga bertahun-tahun lamanya sehinggalah datangnya zaman digital dalam dunia fotografi perkahwinan. Maka jurufoto mula beralih kepada harga pakej yang dikira berdasarkan majlis yang diadakan.

Capturepixs sendiri pada awal penghijrahan zaman filem kepada zaman digital, menggunakan harga pakej yang tidaklah terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Seperti yang diterangkan di atas, nilai pakej itu sendiri dikira berdasarkan kemahiran dan kreativiti seorang jurufoto. Maka pada ketika itu, Capturepixs berkira-kira dengan menetapkan nilai bayaran tidak kurang dari RM1000 sebagai permulaan pakej bagi satu-satu majlis perkahwinan dengan menggunakan 'album sticky' sebagai persembahan kami.

Pada penghujung 2006, album 'storybook' semakin meluas digunakan. Capturepixs tidak ketinggalan menggunakan album tersebut sebagai album utama. Dan harga bagi pakej Capturepixs mula meningkat, juga sejajar dengan kemahiran yang semakin meningkat dan tahap kreativiti yang dipersembahkan. Akan tetapi, ramai lagi jurufoto yang masih menggunakan 'album sticky' sebagai album utama di dalam pakej-pakej mereka. Dan malah ada juga jurufoto yang menetapkan harga yang rendah tetapi memberikan album 'storybook'. Ini kerana yang dinilai adalah bukan kerana nilai album itu sendiri, tetapi servis yang diberikan dalam fotografi perkahwinan amatlah jelas melibatkan kemahiran dan kreativiti. Maka disitulah jurufoto yang ada di Malaysia ini bersaing satu sama lain. Iaitu meningkatkan kemahiran dan kreativiti masing-masing agar tidak ketinggalan ke belakang.

Pelanggan yang mempunyai bajet terhad sudah pasti akan memilih jurufoto yang mengenakan caj yang rendah. Malah ada bakal pengantin yang tidak kisah tentang foto-foto perkahwinan mereka asalkan ada gambar sudah memadai. Bagi pengantin yang mementingkan memori perkahwinan mereka dan inginkan yang terbaik, sudah pasti menilai seorang jurufoto dengan sebaiknya sebelum mereka menempahnya.

Bagi Capturepixs, kedua-dua golongan iaitu golongan pelanggan yang mempunyai bajet terhad dan golongan pelanggan yang tiada masalah kewangan tetap dilayan sama rata. Kami akan cuba membantu bakal pelanggan kami mengikut bajet yang mereka tetapkan. Kerana itu, tidak hairan sekiranya pihak pemasaran di Capturepixs yang membalas email-email dari bakal pelanggan akan turut bertanya tentang bajet bakal pelanggan kami. Ini bagi memastikan setiap pelanggan dapat diberikan penerangan yang jelas tentang pakej yang ada yang bersesuaian dengan bajet mereka.

Ada sesetengah bakal pelanggan yang datang kepada kami dan membezakan harga pakej kami dengan beberapa jurufoto lain. Ada antaranya yang kami rendah, dan ada antaranya yang harga kami lebih tinggi. Tetapi apa yang kami boleh beritahu pada bakal pelanggan adalah, harga yang kami tetapkan adalah berdasarkan kemahiran dan kreativit kami bermula dari proses mengambil foto semasa majlis sehinggalah kepada proses menyiapkan album mereka.

Malah tidak hairanlah sekiranya mereka yang berurusan melalui email, amat jarang untuk melakukan penempahan sebelum mereka datang sendiri ke showroom kami. Ini kerana bakal pelanggan kami cuma melihat harga pakej yang kami hantar melalui email tanpa menilai hasil kerja kami dengan mata mereka sendiri. Boleh dikatakan 95% bakal pengantin yang datang ke showroom akan menempah pakej fotografi dengan Capturepixs kerana mereka sudah melihat sendiri hasil kerja kami dan menyentuhnya dengan tangan mereka. Dari keseluruhan pelanggan kami pula, 70% pelanggan kami datangnya dari saranan rakan-rakan ataupun mereka mendapat kad semasa majlis perkahwinan kawan-kawan atau saudara mereka yang mana mereka sendiri melihat gerak kerja kami semasa majlis tersebut.

Pada bakal pengantin, penilaian kepada seorang jurufoto bukan hanya pada pakej atau brosur yang mereka hantar. Tetapi nilailah jurufoto tersebut berdasarkan hasil kerja mereka dan kemahiran yang mereka ada disamping kreativiti yang dipersembahkan. Kerana bidang fotografi adalah berkaitan dengan servis, bukan semata-mata berdasarkan produk.





Regards,


Capturepixs Studio
Johor Wedding Photographer
www.capturepixs.com.my

15 June 2009

Wedding - Aishah + Mahadir

hapenning....
ringkas dulu liputan kali ini..
nnt saya tambah lagi..
buat pasangaan romantik ini,,, selamat pengantin baruuuuu..



Mahadir ni seorang yang sangat romantik.. bertuah si Ai .. kat mesia ni hanya bberapa orang jer yang kerja di tempat dia. sebagai driller engineer di sebuah syarikat yang tersohor SCHLUMBERGER syarikat ni biasanya derang bunyikan sebagai Slumberjay - yang kini berkhidmat di Turkmenistan (gitu2ler bunyi dia)... aku pong x pernah dengar tempat tu.. Ai pulak bertugas sebagai nurse di ibu kota..
semoga mahligai dibina berkekalannnnn aminnnn..



ni gambar otdoor derang..
lokasi Tanjung Balau, Kota Tinggi.. Johor

Regard's

izat
Capturepixs Studio
Johor Wedding Photographer
www.capturepixs.com.my

Wedding - Juita + Syahril

marathon woo bulan ni..
sempena cuti sekoah bermula... terkejar sana terkejar sini...
demi menunaikan hasrat menggunung klien diwaktu janji termetri.. aduhaii ayat power plak.. kekeke..

selit satu majlis yang diadakan di Bandar Baru Uda, Johor. solekan dan persiapan pelamin oleh Amys Bridal.. pasangan kali ini namanya Juita dan juga syahril... agak pemalu mulanya si syahril sini... tp lelama boleh tahan gak hapeningnya.. yang si juita pula selalu tersnyummm... kaya ngan senyumannnn.. antara detik2 bersejarah yang sempat dimuat naik untuk seketika ini...

layannnnnng



opss ..
petang tu selit outdoor skit.. jalan jammed disebabkan SURE HEBOH kat danga bay..so lambat sikit sampai Intana Garden.So adalah sikit gambar outdoor sebelum menjelang magrib.. sempat juga jumpa Ayares bersama pasangan pengantin... 2 photog capturepixs dan 2 pasangan pengantin...di istana garden...



enjoyce


Regard's

izat
Capturepixs Studio
Johor Wedding Photographer
www.capturepixs.com.my

06 June 2009

Persandingan : Maria & Azim





Persandingan dorang ni berlangsung pada keesokan harinya iaitu pada Sabtu, 23 Mei 2009 bersamaan dengan 28 Jamadilawal 1430H di Jementah, Segamat, Johor.




Regard's



Capturepixs Studio
Johor Wedding Photographer
www.capturepixs.com.my

03 June 2009

Perbezaan Jurufoto I

Dah ramai jurufoto perkahwinan yang wujud macam cendawan tumbuh selepas hujan. Ini lantaran harga kamera digital di pasaran dah mampu milik. Ada jurufoto yang buat fotografi perkahwinan ni secara sambilan, bak bidan terjun pun ada. Dan ada yang betul-betul mempertahankan martabat kerjaya sebagai jurufoto perkahwinan ni di mata masyarakat. Dan ingin menjaga pasaran fotografi perkahwinan agar tidak jatuh dan kembali ke 20 tahun yang lalu.

Harga. Usah cerita lah. Kalau kalian pengantin, bila kalian buat window shopping. Maka kalian sendiri dapat lihat pelbagai jenis harga pakej yang ditawarkan. Ada yang munasabah, ada harga yang tak masuk akal, malah ada harga yang boleh berubah-ubah asalkan dapat job pun dah kira ok. Belum sebut pasal persediaan ilmu di dada bagi seorang jurufoto tu sendiri.

Pada awal 2004 sewaktu mula-mula Capturepixs beroperasi, cuma ada segelintir jurufoto yang berani melabur untuk membeli kamera digital yang pada ketika itu harga termurah sekitar RM4k untuk kamera yang basic. Dan kami pada awal 2004, dengan sedikit modal yang ada cuba untuk beralih dari fotografi filem kepada era fotografi digital. Nak buat macamana kan, teknologi kena kejar. Kalau tidak, kita jugak ketinggalan.

Setahun demi setahun, semua jurufoto samada yang sudah lama mahupun yang baru terjun dalam kerjaya ni, dah pun mula beralih kepada kamera digital. Kamera filem mereka simpan jadikan kenangan ataupun sekali sekala melepaskan gian ambil gambar guna filem. Itupun amat jarang sekali lah kita lihat. Kalau ada pun mungkin di kawasan sedikit pedalaman.

Bila era digital, jurufoto pun tak kisah. Gambar tak jadi boleh snap lagi sekali. Dan boleh snap banyak-banyak. Rata-rata pakej pun menawarkan 'unlimited shoot'. Boleh dikatakan hampir 99% jurufoto memberikan semua hasil shoot mereka pada pengantin. Lagi 1% tu mungkin di kalangan profesional yang menjaga hasil kerja dan kualiti shoot mereka. Mereka dah tapis awal-awal gambar yang tak menjadi dan rosak sebelum mereka berikan softcopy pada pengantin. Dan ada juga yang memberi cuma beberapa keping mengikut jumlah yang mereka olah dan masukkan ke dalam album. Jadi gambar original dari kamera mereka dah asingkan dan tidak diberikan pada pengantin. Ianya adalah kebaikan untuk jurufoto itu sendiri tetapi jika dari sudut pelanggan ( pengantin ), sudah pasti ianya tidak memuaskan kerana mungkin ada gambar-gambar yang tidak dimasukkan dalam album, adalah amat bernilai bagi pengantin tersebut yang mana mungkin tidak diketahui oleh jurufoto. Contoh, ex-bf datang kenduri dia ke dan dia nak jadikan kenangan ke. Hahahaha.

Sebut bab album. Ini mungkin yang bakal membezakan antara jurufoto. Maksudnya, dari segi kreativiti rekabentuk album. Mungkin material yang digunakan hampir sama. Dan mungkin datangnya dari pembekal album yang sama. Tetapi idea rekabentuk itulah yang membezakan jurufoto kerana idea dan kreativiti tu adalah subjektif. Dan sukar ditiru. Tetapi lama-kelamaan, rekabentuk pun mungkin boleh ditiru jika jurufoto tersebut pernah melihat album jurufoto lain. Dan dari hari ke hari, seorang jurufoto atau mungkin designer bagi album perkahwinan terpaksa mencari idea baru bagi memberikan perbezaan antara mereka dengan jurufoto lain. Dan itulah yang kami di Capturepixs laksanakan saban bulan.

Itu baru saja bab rekabentuk. Dan disentuh juga bab due-date. Biasanya bakal pengantin yang berminat dengan pakej seorang jurufoto, akan bertanya tentang jangkamasa album mereka akan siap. Dan disinilah yang membezakan antara jurufoto profesional dengan jurufoto bidang terjun mahupun sambilan. Jurufoto profesional biasanya akan mengambil berat tentang jangkamasa album itu siap tanpa mengenepikan kualiti dari sudut rekabentuk dan material.

Bagi Capturepixs, jangka masa maksimum untuk pengantin menantikan album ekslusif mereka adalah sekitar 45 hari dari hari berakhir majlis mereka. Itupun ketika 'peak season'. Sekiranya majlis adalah termasuk dengan majlis bertandang, yang mana jarak majlis adalah sekitar 2 minggu, Capturepixs akan mengambil kira waktu bermula adalah selepas majlis bertandang tersebut. Tetapi sekiranya majlis bertandang tu masih lama, Capturepixs akan siapkan album bagi majlis sebelah pengantin perempuan terlebih dahulu. Dan sekiranya pengantin dah tak sabar nak tengok gambar dorang dan request untuk dapatkan softcopy terlebih dahulu, Capturepixs akan berikan mengikut syarat tertentu bergantung pada perbincangan dua hala.

Tempoh inilah yang membezakan Capturepixs dengan jurufoto lain. Kerana Capturepixs sentiasa menjaga kehendak pelanggan dan demi memuaskan hati pelanggan, kami berusaha untuk menyiapkan album ekslusif mereka seperti yang ditetapkan. Tanpa mengurangkan kualiti dan hasil kerja kami. Malah rekabentuk kami adalah seperti yang pengantin lihat semasa mereka membuat tempahan.

Ada juga pengantin yang nak lihat dulu rekabentuk album mereka sebelum dicetak. Dan bila mereka lihat, mungkin ada sedikit perubahan yang akan melambatkan jangkamasa yang sepatutnya album itu siap. Tetapi setakat ini rata-rata pengantin yang pernah melihat rekabentuk sebelum dicetak, berpuas hati dan tidak mengubah apa yang telah kami siapkan. Kami tidak halang jika ada request dari pengantin kerana Capturepixs mementingkan pelanggan berdasarkan quote 'customer is right but not always right'. Hehehe.

Cuma kami sebolehnya tidak menyaran mereka lihat dulu kerana bagi Capturepixs, once pengantin dah lantik kami sebagai 'official photographer', kiranya mereka dah memberikan kepercayaan penuh kepada Capturepixs dari sudut fotografi dan rekabentuk album. Lagipun takde surprise la kalau pengantin dah tengok awal-awal sebelum album tu siap. Dah tak rasa WOW orang kata. hehehehe.

Itu baru beberapa perkara yang disentuh berdasarkan pengalaman kami dalam industri fotografi perkahwinan ni. Walau apa pun, setiap jurufoto sentiasa mencari peluang untuk menaikkan taraf diri masing-masing agar sebaris dengan jurufoto hebat yang lain. Cuma cara setiap jurufoto mungkin berbeza. Dan bagi bakal pengantin, choose a right and good photographer for your big day. Jangan sesekali memandang hanya pada Harga semata-mata tanpa melihat dari sudut lain. Kerana ia bakal membuatkan kalian menyesal di kemudian hari. Percayalah kerana itulah yang kami lalui sepanjang pengalaman kami dalam industri ini.




Regard,

Capturepixs Studio
Johor Wedding Photographer

CAPTUREPIXS STUDIO © 2013 Supported by Best Blogger Templates and Premium Blog Templates