• image01

    Creative

    Duet

  • image02

    Friendly

    Devil

  • image03

    Tranquilent

    Compatriot

  • image04

    Insecure

    Hussler

  • image05

    Loving

    Rebel

  • image06

    Passionate

    Seeker

  • image07

    Crazy

    Friend

20 April 2009

Pernikahan : Fairus & Tinur

Pernikahan yang berlangsung di Gedung Juang, Kabupaten Tasik Malaya, Wilayah Bandung, Jawa Barat, Indonesia.



19 April 2009

Fitting : Fairus & Tinur

Usai sahaja majlis bersiram. Malam itu kami ke Castelo Bridal & Boutique yang terletak di tengah Kota Tasik Malaya. Mereka berdua nak cuba baju yang telah di tempah untuk majlis keesokan hari.












Regards


Capturepixs Studio
Johor Wedding Photographer

07 April 2009

Adat Bersiram : Fairus & Tinur

Seperti dijanjikan buat tatapan pengunjung blog Capturepixs. Kali ini kami bawakan satu siri perkahwinan yang mungkin kalian tidak pernah saksikan. Perkahwinan mengikut adat resam Sunda, satu etnik yang kedua terbesar di Indonesia selepas Jawa. Dan kebanyakan keturunan Sunda berada di wilayah Bandung. Sememangnya yang sudah terkenal dengan kecantikan gadis-gadis yang berkulit cerah dan bersih serta sopan santun dan lemah lembut percakapannya.

Sehari sebelum majlis pernikahan dijalankan, satu adat yang dinamakan Adat Siraman diadakan. Adat siraman ini bermaksud sebagai tanda kasih sayang ibu bapa yang terakhir khususnya dalam memandikannya kerana setelah berkahwin, pengantin akan menjalani kehidupan masing-masing.

Acara bermula dengan pengantin memohon maaf dari kedua ibu bapa, membasuh kaki dan mencium kaki mereka dan seterusnya pengantin memohon maaf dari semua sanak-saudara yang hadir ketika acara tersebut. Ketika acara ini, terdapat seorang MC yang membacakan puisi dalam bahasa Sunda yang begitu menyayat hati hinggakan seluruh tetamu menitiskan air mata menyaksikan acara yang berlangsung.





Kemudian pengantin akan menyalin pakaian untuk acara siraman. Pengantin dibawa oleh ibu bapanya ke tempat siraman dan disiram dengan air dari tujuh jenis bunga. Kemudian dituruti oleh semua sanak saudara yang hadir.






Sesudah acara siraman, pengantin akan membaling bunga-bunga dari air siraman tadi berserta dengan duit kepada semua tetamu yang hadir. Dan majlis Adat Siraman selesai dan para tetamu dijemput menjamah juadah yang disediakan.




bersambung....





regards,


Capturepixs Studio
"Johor Wedding Photographer"

05 April 2009

Teaser of Fairus & Tinur : Wedding Day

Cinta Malaysia-Indonesia Kini Bersatu.

Perkahwinan antara Ahmad Fairus ( Myphotographer ) & Sitti Nurohmah berlangsung pada 04.04.09 di Kabupaten Tasikmalaya, Bandung, Indonesia Barat. Satu acara perkahwinan yang julung kali saya lihat dan ianya penuh dengan adat keturunan Sunda.

Pertamanya, saya ucapkan terima kasih kepada Fairus atas peluang yang diberikan untuk saya captured majlis perkahwinan beliau. Terasa seolah Capturepixs merupakan official photographer kerana segenap ruang majlis saya abadikan untuk tatapan beliau. Semoga hasil dari kamera Capturepixs ini dapat diselitkan kedalam album beliau kelak.

Keduanya, Tahniah buat kalian berdua. Emangnya kalian berdua ini cocok banget.
Semoga hubungan suci murni ini kekal hingga ke akhir hayat.

Dan saya bagi teaser dulu buat tatapan kalian, rakan-rakan dan peminat kalian.
Nantikan siri-siri perkahwinan mengikut adat Sunda yang akan diupdate di blog ini.















Regards,


Capturepixs Studio,
Professional Photographer for Professional Photography

CAPTUREPIXS STUDIO © 2013 Supported by Best Blogger Templates and Premium Blog Templates