07 April 2009

Adat Bersiram : Fairus & Tinur

Seperti dijanjikan buat tatapan pengunjung blog Capturepixs. Kali ini kami bawakan satu siri perkahwinan yang mungkin kalian tidak pernah saksikan. Perkahwinan mengikut adat resam Sunda, satu etnik yang kedua terbesar di Indonesia selepas Jawa. Dan kebanyakan keturunan Sunda berada di wilayah Bandung. Sememangnya yang sudah terkenal dengan kecantikan gadis-gadis yang berkulit cerah dan bersih serta sopan santun dan lemah lembut percakapannya.

Sehari sebelum majlis pernikahan dijalankan, satu adat yang dinamakan Adat Siraman diadakan. Adat siraman ini bermaksud sebagai tanda kasih sayang ibu bapa yang terakhir khususnya dalam memandikannya kerana setelah berkahwin, pengantin akan menjalani kehidupan masing-masing.

Acara bermula dengan pengantin memohon maaf dari kedua ibu bapa, membasuh kaki dan mencium kaki mereka dan seterusnya pengantin memohon maaf dari semua sanak-saudara yang hadir ketika acara tersebut. Ketika acara ini, terdapat seorang MC yang membacakan puisi dalam bahasa Sunda yang begitu menyayat hati hinggakan seluruh tetamu menitiskan air mata menyaksikan acara yang berlangsung.





Kemudian pengantin akan menyalin pakaian untuk acara siraman. Pengantin dibawa oleh ibu bapanya ke tempat siraman dan disiram dengan air dari tujuh jenis bunga. Kemudian dituruti oleh semua sanak saudara yang hadir.






Sesudah acara siraman, pengantin akan membaling bunga-bunga dari air siraman tadi berserta dengan duit kepada semua tetamu yang hadir. Dan majlis Adat Siraman selesai dan para tetamu dijemput menjamah juadah yang disediakan.




bersambung....





regards,


Capturepixs Studio
"Johor Wedding Photographer"

1 comments:

hahaha.. jgn lupa pasal durian tasek.. sebab bau kena habiskan malam tu jugak.. ha tak pasal wa 'mencrettt'. hahah

Post a Comment
CAPTUREPIXS STUDIO © 2013 Supported by Best Blogger Templates and Premium Blog Templates