17 June 2009

Perbezaan Jurufoto II

Kalu sebelum ini kami menyentuh tentang zaman digital dan perbezaan berkaitan kualiti. Tapi kali ni nak sentuh pula tentang perbezaan jurufoto dari sudut harga. Setiap kali bakal pengantin berkira-kira dalam mencari jurufoto, sudah pasti mereka melakukan 'window shopping' terlebih dahulu. Sekurangnya mereka akan mencari mengikut beberapa kriteria yang mereka sendiri tetapkan mengikut situasi masing-masing.

Pengantin yang bijak akan mencari mengikut citarasa mereka. Kerana mereka tahu perkahwinan yang akan diadakan cuma sekali seumur hidup mereka. Akan tetapi, citarasa bukanlah satu perkara utama sehinggakan mengabaikan kriteria lain seperti bajet yang terhad. Bagi pengantin yang tidak mempunyai masalah tentang kewangan, sudah pasti akan mencari jurufoto yang boleh memenuhi citarasa mereka.

Dan bagi pengantin yang mempunyai bajet terhad terhadap majlis perkahwinan mereka. Sudah pasti akan berkira untuk mencari jurufoto yang didalam bajet mereka tetapi dalam masa sama juga memenuhi citarasa mereka. Maka mereka akan membuat 'window shopping' terlebih dahulu. Sekurangnya 5 jurufoto yang akan di pilih untuk mereka dapatkan brosur pakej bagi membuat penilaian tentang harga yang di caj oleh jurufoto.

Pada kebiasaan yang ada di dalam dunia fotografi perkahwinan, jurufoto yang baru mula menceburi bidang ini akan mengenakan caj yang rendah. Ini kerana nilai sesuatu pakej yang berkaitan dengan servis adalah bergantung kepada kemahiran dan idea yang dipersembahkan. Setelah semakin lama seorang jurufoto berkecimpung dalam bidang ini dan makin mahir serta mampu menghasilkan gambar yang lain dari jurufoto lain, maka nilai pakej turut akan bertambah sejajar dengan kemahiran yang ada.

Pada 20 tahun yang lalu, nilai servis fotografi adalah bergantung pada nilai satu roll filem iaitu sekitar RM150 setiap roll yang digunakan. Malah ada yang mengenakan caj sekitar RM100 setiap roll. Dan harga servis ini berterusan tanpa perubahan sehingga bertahun-tahun lamanya sehinggalah datangnya zaman digital dalam dunia fotografi perkahwinan. Maka jurufoto mula beralih kepada harga pakej yang dikira berdasarkan majlis yang diadakan.

Capturepixs sendiri pada awal penghijrahan zaman filem kepada zaman digital, menggunakan harga pakej yang tidaklah terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Seperti yang diterangkan di atas, nilai pakej itu sendiri dikira berdasarkan kemahiran dan kreativiti seorang jurufoto. Maka pada ketika itu, Capturepixs berkira-kira dengan menetapkan nilai bayaran tidak kurang dari RM1000 sebagai permulaan pakej bagi satu-satu majlis perkahwinan dengan menggunakan 'album sticky' sebagai persembahan kami.

Pada penghujung 2006, album 'storybook' semakin meluas digunakan. Capturepixs tidak ketinggalan menggunakan album tersebut sebagai album utama. Dan harga bagi pakej Capturepixs mula meningkat, juga sejajar dengan kemahiran yang semakin meningkat dan tahap kreativiti yang dipersembahkan. Akan tetapi, ramai lagi jurufoto yang masih menggunakan 'album sticky' sebagai album utama di dalam pakej-pakej mereka. Dan malah ada juga jurufoto yang menetapkan harga yang rendah tetapi memberikan album 'storybook'. Ini kerana yang dinilai adalah bukan kerana nilai album itu sendiri, tetapi servis yang diberikan dalam fotografi perkahwinan amatlah jelas melibatkan kemahiran dan kreativiti. Maka disitulah jurufoto yang ada di Malaysia ini bersaing satu sama lain. Iaitu meningkatkan kemahiran dan kreativiti masing-masing agar tidak ketinggalan ke belakang.

Pelanggan yang mempunyai bajet terhad sudah pasti akan memilih jurufoto yang mengenakan caj yang rendah. Malah ada bakal pengantin yang tidak kisah tentang foto-foto perkahwinan mereka asalkan ada gambar sudah memadai. Bagi pengantin yang mementingkan memori perkahwinan mereka dan inginkan yang terbaik, sudah pasti menilai seorang jurufoto dengan sebaiknya sebelum mereka menempahnya.

Bagi Capturepixs, kedua-dua golongan iaitu golongan pelanggan yang mempunyai bajet terhad dan golongan pelanggan yang tiada masalah kewangan tetap dilayan sama rata. Kami akan cuba membantu bakal pelanggan kami mengikut bajet yang mereka tetapkan. Kerana itu, tidak hairan sekiranya pihak pemasaran di Capturepixs yang membalas email-email dari bakal pelanggan akan turut bertanya tentang bajet bakal pelanggan kami. Ini bagi memastikan setiap pelanggan dapat diberikan penerangan yang jelas tentang pakej yang ada yang bersesuaian dengan bajet mereka.

Ada sesetengah bakal pelanggan yang datang kepada kami dan membezakan harga pakej kami dengan beberapa jurufoto lain. Ada antaranya yang kami rendah, dan ada antaranya yang harga kami lebih tinggi. Tetapi apa yang kami boleh beritahu pada bakal pelanggan adalah, harga yang kami tetapkan adalah berdasarkan kemahiran dan kreativit kami bermula dari proses mengambil foto semasa majlis sehinggalah kepada proses menyiapkan album mereka.

Malah tidak hairanlah sekiranya mereka yang berurusan melalui email, amat jarang untuk melakukan penempahan sebelum mereka datang sendiri ke showroom kami. Ini kerana bakal pelanggan kami cuma melihat harga pakej yang kami hantar melalui email tanpa menilai hasil kerja kami dengan mata mereka sendiri. Boleh dikatakan 95% bakal pengantin yang datang ke showroom akan menempah pakej fotografi dengan Capturepixs kerana mereka sudah melihat sendiri hasil kerja kami dan menyentuhnya dengan tangan mereka. Dari keseluruhan pelanggan kami pula, 70% pelanggan kami datangnya dari saranan rakan-rakan ataupun mereka mendapat kad semasa majlis perkahwinan kawan-kawan atau saudara mereka yang mana mereka sendiri melihat gerak kerja kami semasa majlis tersebut.

Pada bakal pengantin, penilaian kepada seorang jurufoto bukan hanya pada pakej atau brosur yang mereka hantar. Tetapi nilailah jurufoto tersebut berdasarkan hasil kerja mereka dan kemahiran yang mereka ada disamping kreativiti yang dipersembahkan. Kerana bidang fotografi adalah berkaitan dengan servis, bukan semata-mata berdasarkan produk.





Regards,


Capturepixs Studio
Johor Wedding Photographer
www.capturepixs.com.my

2 comments:

sha said...

aduuu sangat terpikat la dgn gambar2 kat capturepix nih ^-^

Unknown said...

timer kasih fasha...kalu terpikat...cepat2 la book..hehehhee

Post a Comment
CAPTUREPIXS STUDIO © 2013 Supported by Best Blogger Templates and Premium Blog Templates