03 June 2009

Perbezaan Jurufoto I

Dah ramai jurufoto perkahwinan yang wujud macam cendawan tumbuh selepas hujan. Ini lantaran harga kamera digital di pasaran dah mampu milik. Ada jurufoto yang buat fotografi perkahwinan ni secara sambilan, bak bidan terjun pun ada. Dan ada yang betul-betul mempertahankan martabat kerjaya sebagai jurufoto perkahwinan ni di mata masyarakat. Dan ingin menjaga pasaran fotografi perkahwinan agar tidak jatuh dan kembali ke 20 tahun yang lalu.

Harga. Usah cerita lah. Kalau kalian pengantin, bila kalian buat window shopping. Maka kalian sendiri dapat lihat pelbagai jenis harga pakej yang ditawarkan. Ada yang munasabah, ada harga yang tak masuk akal, malah ada harga yang boleh berubah-ubah asalkan dapat job pun dah kira ok. Belum sebut pasal persediaan ilmu di dada bagi seorang jurufoto tu sendiri.

Pada awal 2004 sewaktu mula-mula Capturepixs beroperasi, cuma ada segelintir jurufoto yang berani melabur untuk membeli kamera digital yang pada ketika itu harga termurah sekitar RM4k untuk kamera yang basic. Dan kami pada awal 2004, dengan sedikit modal yang ada cuba untuk beralih dari fotografi filem kepada era fotografi digital. Nak buat macamana kan, teknologi kena kejar. Kalau tidak, kita jugak ketinggalan.

Setahun demi setahun, semua jurufoto samada yang sudah lama mahupun yang baru terjun dalam kerjaya ni, dah pun mula beralih kepada kamera digital. Kamera filem mereka simpan jadikan kenangan ataupun sekali sekala melepaskan gian ambil gambar guna filem. Itupun amat jarang sekali lah kita lihat. Kalau ada pun mungkin di kawasan sedikit pedalaman.

Bila era digital, jurufoto pun tak kisah. Gambar tak jadi boleh snap lagi sekali. Dan boleh snap banyak-banyak. Rata-rata pakej pun menawarkan 'unlimited shoot'. Boleh dikatakan hampir 99% jurufoto memberikan semua hasil shoot mereka pada pengantin. Lagi 1% tu mungkin di kalangan profesional yang menjaga hasil kerja dan kualiti shoot mereka. Mereka dah tapis awal-awal gambar yang tak menjadi dan rosak sebelum mereka berikan softcopy pada pengantin. Dan ada juga yang memberi cuma beberapa keping mengikut jumlah yang mereka olah dan masukkan ke dalam album. Jadi gambar original dari kamera mereka dah asingkan dan tidak diberikan pada pengantin. Ianya adalah kebaikan untuk jurufoto itu sendiri tetapi jika dari sudut pelanggan ( pengantin ), sudah pasti ianya tidak memuaskan kerana mungkin ada gambar-gambar yang tidak dimasukkan dalam album, adalah amat bernilai bagi pengantin tersebut yang mana mungkin tidak diketahui oleh jurufoto. Contoh, ex-bf datang kenduri dia ke dan dia nak jadikan kenangan ke. Hahahaha.

Sebut bab album. Ini mungkin yang bakal membezakan antara jurufoto. Maksudnya, dari segi kreativiti rekabentuk album. Mungkin material yang digunakan hampir sama. Dan mungkin datangnya dari pembekal album yang sama. Tetapi idea rekabentuk itulah yang membezakan jurufoto kerana idea dan kreativiti tu adalah subjektif. Dan sukar ditiru. Tetapi lama-kelamaan, rekabentuk pun mungkin boleh ditiru jika jurufoto tersebut pernah melihat album jurufoto lain. Dan dari hari ke hari, seorang jurufoto atau mungkin designer bagi album perkahwinan terpaksa mencari idea baru bagi memberikan perbezaan antara mereka dengan jurufoto lain. Dan itulah yang kami di Capturepixs laksanakan saban bulan.

Itu baru saja bab rekabentuk. Dan disentuh juga bab due-date. Biasanya bakal pengantin yang berminat dengan pakej seorang jurufoto, akan bertanya tentang jangkamasa album mereka akan siap. Dan disinilah yang membezakan antara jurufoto profesional dengan jurufoto bidang terjun mahupun sambilan. Jurufoto profesional biasanya akan mengambil berat tentang jangkamasa album itu siap tanpa mengenepikan kualiti dari sudut rekabentuk dan material.

Bagi Capturepixs, jangka masa maksimum untuk pengantin menantikan album ekslusif mereka adalah sekitar 45 hari dari hari berakhir majlis mereka. Itupun ketika 'peak season'. Sekiranya majlis adalah termasuk dengan majlis bertandang, yang mana jarak majlis adalah sekitar 2 minggu, Capturepixs akan mengambil kira waktu bermula adalah selepas majlis bertandang tersebut. Tetapi sekiranya majlis bertandang tu masih lama, Capturepixs akan siapkan album bagi majlis sebelah pengantin perempuan terlebih dahulu. Dan sekiranya pengantin dah tak sabar nak tengok gambar dorang dan request untuk dapatkan softcopy terlebih dahulu, Capturepixs akan berikan mengikut syarat tertentu bergantung pada perbincangan dua hala.

Tempoh inilah yang membezakan Capturepixs dengan jurufoto lain. Kerana Capturepixs sentiasa menjaga kehendak pelanggan dan demi memuaskan hati pelanggan, kami berusaha untuk menyiapkan album ekslusif mereka seperti yang ditetapkan. Tanpa mengurangkan kualiti dan hasil kerja kami. Malah rekabentuk kami adalah seperti yang pengantin lihat semasa mereka membuat tempahan.

Ada juga pengantin yang nak lihat dulu rekabentuk album mereka sebelum dicetak. Dan bila mereka lihat, mungkin ada sedikit perubahan yang akan melambatkan jangkamasa yang sepatutnya album itu siap. Tetapi setakat ini rata-rata pengantin yang pernah melihat rekabentuk sebelum dicetak, berpuas hati dan tidak mengubah apa yang telah kami siapkan. Kami tidak halang jika ada request dari pengantin kerana Capturepixs mementingkan pelanggan berdasarkan quote 'customer is right but not always right'. Hehehe.

Cuma kami sebolehnya tidak menyaran mereka lihat dulu kerana bagi Capturepixs, once pengantin dah lantik kami sebagai 'official photographer', kiranya mereka dah memberikan kepercayaan penuh kepada Capturepixs dari sudut fotografi dan rekabentuk album. Lagipun takde surprise la kalau pengantin dah tengok awal-awal sebelum album tu siap. Dah tak rasa WOW orang kata. hehehehe.

Itu baru beberapa perkara yang disentuh berdasarkan pengalaman kami dalam industri fotografi perkahwinan ni. Walau apa pun, setiap jurufoto sentiasa mencari peluang untuk menaikkan taraf diri masing-masing agar sebaris dengan jurufoto hebat yang lain. Cuma cara setiap jurufoto mungkin berbeza. Dan bagi bakal pengantin, choose a right and good photographer for your big day. Jangan sesekali memandang hanya pada Harga semata-mata tanpa melihat dari sudut lain. Kerana ia bakal membuatkan kalian menyesal di kemudian hari. Percayalah kerana itulah yang kami lalui sepanjang pengalaman kami dalam industri ini.




Regard,

Capturepixs Studio
Johor Wedding Photographer

5 comments:

lalola in da house said...

Bagus. Inila dinamakan anak melayu. Good Job.

sydeen said...

orang baru vs orang lama. tajuk ni mmg xkan habis dibincangkan umpama nikon vs canon...

selamat maju jaya bro & the ganG

Reds said...

Bagus maklumat ni...harap2 bidang fotografi perkahwiinan ni akan terus berkembang dgn kualiti...

bg yg terbaik je utk pelanggan & be a professional...don't condemn others (photographer)...customer is always right...

AyAres151 said...

mohamad aieizad... thanx...

but.. ada ayat2 condemn ker dalam entri di atas?
bleh nyatakan parag mana?

Post a Comment
CAPTUREPIXS STUDIO © 2013 Supported by Best Blogger Templates and Premium Blog Templates