29 January 2009

Wedding : Rima Melati & Marcell

Perkahwinan di antara Rima & Marcell.
( Rima Melati Sheila Adams & Marcellius Kirana Hamonangan Sihaan )
28 Jan 2009. Majlis makan malam khas buat rakan artis dan saudara terdekat.
Diadakan di Tepak Sireh Restaurant, Kg. Glam, Singapore.
Konsep yang simple but nice.

Rima, selebriti kota Singa.
Dan Marcell pula selebriti dari Indonesia.
Mula kenal semasa konsert Suria Raya pada 2006.
Dan mereka terlibat dalam konsert tersebut.
Tetapi pada masa tu, mereka cuma kenal sebagai rakan artis.
Marcell fikir, Rima macam sombong orangnya.
Tetapi bila sudah kenal, baru Marcell tahu yang Rima cukup peramah.

Sekitar 2008, wujudnya Facebook.
Dan mereka bertemu kembali di alam maya.
Dan makin rapat lalu berkongsi idea dan cerita masing-masing.
Akhirnya mereka memutuskan untuk bersatu menjadi suami isteri.

Team Capturepixs berpeluang untuk turut serta.
Bekerjasama dengan team Flipside.
Associates dari Singapore.
Membantu membuat liputan fotografi.
Kami sudah bersiap sedia dari petang.
Dan mengagihkan tugasan masing-masing.
Agar setiap moment tidak terlepas.

Sekitar jam 7.30pm.
Rima & Marcell bersiap di hotel Intercontinental.
Pada mulanya, agak lama kami menunggu di luar bilik.
Memandangkan Rima sedang menyiapkan Edga, anak lelakinya yang cute tu.
Bersama kami, rakan dari Jomstar dan juga dari majalah Manja dan Hai.
Sepanjang Rima sedang disiapkan oleh Lynn dari L.A.B Bridal Couture .
Selaku Main Sponsor and Organizer bagi majlis ini.
Marcell pula kelihatan teruja sambil sekali sekala mengucup dahi Rima.

Lebih kurang 9.00pm.
Mereka bergerak menaiki limousin menuju Tepak Sireh.
Berjalan masuk dengan memakai dress biru.
Bibir mereka tak putus menguntum senyum pada tamu yang hadir.
Dan video montaj gambar mereka ditayangkan di layar putih sebaik sahaja mereka duduk.
Majlis turut diserikan pula dengan nyanyian dari Imran Ajmain dan Man Toyak.
Rima dan Marcell juga turut menyampaikan sebuah lagu cinta mereka.
Kehadiran rakan artis dari Malaysia.
Juliana Banos dan Noniswara menambahkan lagi seri majlis.

Majlis selesai sekitar jam 12 malam.

Nantikan foto-foto perkahwinan Rima dan Marcell nanti.
Terima kasih pada rakan-rakan Flipside semua.
Terutamanya pada Razi dan Aqmal.




p/s : all copyright is under Flipside.

0 comments:

Post a Comment
CAPTUREPIXS STUDIO © 2013 Supported by Best Blogger Templates and Premium Blog Templates