• image01

    Creative

    Duet

  • image02

    Friendly

    Devil

  • image03

    Tranquilent

    Compatriot

  • image04

    Insecure

    Hussler

  • image05

    Loving

    Rebel

  • image06

    Passionate

    Seeker

  • image07

    Crazy

    Friend

10 January 2010

Lan & Yana : Pernikahan

Lan, my ex-housemate at Putama. Ese konal Lan ni semaso zaman group FMDC dolu laie. Lan ni kitorang golarkan dio, Ustat Rock. Sobab dio ambil course Pengajian Islam di UTM tetapi tak nampak macam Ustat. Lan, seorang yang sukokan I.T, tapi taktau lah camno dio bulih poie amik course Pengajian Islam. Maybe sobab zaman sekolah laie dio belajar bidang tu semaso STPM.

Lan bertemu Yana di UTM. Gara-gara BLOG. Mereka janji temu di 'Cafe Agung'. Pado mulonyo ese toman serumah dio pun taktau dio dah berkapel dongan Yana. Lan ni kadang kalo berahsio juo orangnyo. Yana pulak mengambil course TESL di UTM.










Regard's


AyAres
Capturepixs Senior Photographer

07 January 2010

Outdoor Potraiture

Penggunaan 'available light' dan sedikit enhanced menggunakan perisian Photoshop, tidak mustahil gambar yang kurang menyerlah boleh menjadi lebih menarik untuk ditatap.




Untuk lebih memahami tentang apa itu Natural Enhanced, Color & Tone, Revealing Details, Sharpness and Noise, Crop and Selection of Composition dan jugak macamana nak menjadikan suatu gambar yang pada jangkaan kita tidak menarik perhatian boleh bertukar menjadi satu foto yang sungguh cantik.

Di jemput rakan-rakan jurufoto untuk menyertai bengkel anjuran rakan sekutu kami yang bakal diadakan dalam waktu terdekat ini. Sila rujuk ini punya Facebook.


Model : Lisa Sa'adun



Regard's

Ayares
Senior Photographer
Capturepixs Studio

01 January 2010

Welcome 2010

Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua pengunjung blog Capturepixs Studio.

Apa yang kami mahu dahulukan adalah jutaan terima kasih kepada pengantin-pengantin yang menjadi pelanggan kami sepanjang 2009. Ada berpuluh pelanggan, beratus album dan poster yang telah kami keluarkan. Beratus-ratus email yang menerjah ruang inbox kami, tak semua yang menjadi pelanggan kami. Tetap juga kami mahu ucapkan ribuan terima kasih atas minat kalian semua terhadap hasil kerja kami. Support dari pelanggan yang lalu membuatkan kami dari hari ke hari sentiasa menitik-beratkan kualiti dan sentiasa mengemaskini rekabentuk album agar tidak menyamai jurufoto-jurufoto lain yang ada di sekeliling kami.

Penghujung 2009, Capturepixs Studio berpindah dari lokasi lama ke lokasi baru iaitu di belakang U-Mall, Pulai Utama. Kerja-kerja pengubahsuaian pejabat, showroom dan studio sedang giat dilaksanakan. Dan kami mohon maaf sekiranya pelanggan yang datang bertandang kurang selesa dengan keadaan pejabat kami yang belum selesai sepenuhnya. Tujuan utama kami pindah ke belakang U-Mall adalah supaya dekat dengan pawagam MBO. Senang nanti nak mengulor pegi tengok wayang waktu kerja. Wakakaka.

2010 ini, Capturepixs dengan sukacita mengumumkan kemasukan 2 orang apprentice yang sedang digilap kemahiran dan ketajaman mata dalam meng-capture moment terbaik sepanjang majlis yang berjalan. Mereka dipilih berdasarkan kesungguhan dan minat terhadap fotografi dan lebih utama yang Capturepixs tekankan adalah dari sudut PR skill. Kemahiran mengendalikan kamera boleh dipelajari dari masa ke semasa tetapi PR skill adalah yang paling utama kerana ianya bukan boleh dipelajari dalam jangkamasa singkat sekiranya seseorang itu tidak mempunyainya secara semulajadi.

Dan pada 2010 ini juga, Capturepixs memperkenalkan album baru yang akan membuatkan pengantin berminat untuk menjadi pengantin yang pertama mempunyai album tersebut. Memandangkan ianya produk terbaru, maka kami menjemput bakal-bakal pengantin untuk bertandang ke showroom kami. Sambil-sambil tuh bawak lah ole-ole untuk kami yer.. hehe..

Pada pengunjung yang belum tahu, Capturepixs merupakan antara jurufoto profesional yang berpangkalan di Johor Bahru dan memberikan khidmat fotografi tidak mengira lokasi asalkan pelanggan berminat dengan hasil kerja kami. Dari sudut fotografi, Capturepixs bukan terhad kepada membuat liputan bagi majlis perkahwinan sahaja tetapi dengan pengalaman lebih dari 10 tahun, Capturepixs mampu memberikan khidmat dalam pelbagai bidang fotografi termasuk Sukan, Corporate Event, Corporate Profile, Fotografi Produk, Studio Shoot dan lain-lain.

Akhir kata, semoga kedatangan 2010 ini membuka ruang kepada Capturepixs untuk melebarkan lagi sayap menjadikan kami adalah team jurufoto yang dikenali di seluruh Johor khususnya dan seluruh Malaysia am-nya.




Ayares,
Marketing Manager
Capturepixs Studio Senior Photographer

CAPTUREPIXS STUDIO © 2013 Supported by Best Blogger Templates and Premium Blog Templates