• image01

    Creative

    Duet

  • image02

    Friendly

    Devil

  • image03

    Tranquilent

    Compatriot

  • image04

    Insecure

    Hussler

  • image05

    Loving

    Rebel

  • image06

    Passionate

    Seeker

  • image07

    Crazy

    Friend

10 September 2009

Perjumpaan Jurufoto Johor 2009





JEMPUTAN KEPADA SEMUA JURUFOTO JOHOR UNTUK MENYERTAI
SEMINAR DAN PERJUMPAAN JURUFOTO JOHOR BAGI TAHUN 2009
.


Info PJJ 2009
PJJ 2009 adalah satu-satunya platfom bagi jurufoto-jurufoto dalam negeri Johor berkumpul dalam kuantiti paling ramai untuk ke arah peningkatan kualiti, prestasi serta taraf khidmat jurufoto dalam perniagaan fotografi. Ini adalah perjumpaan kedua selepas perjumpaan jurufoto johor 2008. Seminar dianjurkan bersama perjumpaan ini bagi pendedahan ilmu perniagaan secara langsung sebagai motivasi kepada jurufoto Johor.

Tarikh
18 November 2009 bersamaan hari Rabu

Masa & Tempat
8.00 malam sehingga 11.00 malam, Dewan Alumni Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor

Penceramah
En.Saiful Nang daripada Candidsyndrome. Seminar FPSN dengan lebih lengkap berbanding perjumpaan lepas (2008).
En. Roslee daripada CST Production, jurufoto & juruvideo dengan topik Tren & Pasaran DSLR-Video.

Tujuan Perjumpaan

- mendengar seminar FPSN oleh saiful nang bagi mempelajari teknik pengiraan kos profesional & pemasaran fotografi
- mendengar ceramah oleh roslee CST production mengenai tren dslr-video untuk jurufoto yang berminat ke arah dslr-video
- mendengar maklumbalas jurufoto hasil rentetan perjumpaan jurufoto johor tahun 2008.
- berinteraksi sesama jurufoto lama dan baru bagi meningkatkan taraf dan perkhidmatan dalam bidang fotografi (khususnya negeri Johor)

Cara Pendaftaran
Hantarkan email dengan butiran lengkap 1) Nama Penuh 2) No.Telefon 3) Jumlah penyertaan kepada fotokahwin[at]gmail.com dengan subjek "DAFTAR PJJ 2009". Anda akan dibalas dengan butiran pembayaran & tiket penyertaan.

Siapa Patut Hadir ?
Semua jurufoto dalam negeri Johor. Sekiranya anda peminat fotografi ingin mengetahui selok belok perniagaan fotografi dengan baik & tepat, ini adalah peluang untuk berbuat demikian. Bagi jurufoto yang telah lama berkecimpung dalam fotografi, ini masanya mengenali pesaing-pesaing anda secara sihat. Bagi jurufoto baru dalam industri, ini peluang untuk anda mengenali dengan lebih mendalam sejauh mana posisi serta sokongan terhadap penstabilan pasaran fotografi di Johor.

Mengapa Perlu Hadir ?
95% jurugambar di Malaysia gagal untuk keluar dari kerja harian mereka untuk fotografi yang mereka sukai. 99% tidak pernah membuat pengiraan kos yang baik dan yang lagi teruk apabila kebanyakan mereka langsung tak tahu apa itu pengiraan kos. Harga hanya ditentukan bergantung kepada siapa yang bertanya. Dan untuk kebiasaannya, mereka mengenakan caj yang tidak masuk akal dan tidak dapat membantu mereka dalam mengembangkan kerjaya mereka dalam fotografi. Kurang 2% daripada jurugambar yang mampu untuk mendapat pendapatan 5k ke atas setiap bulan hanya dengan fotografi. Yang selebihnya, mereka bersusah hanya kerana kunci mengembangkan kerjaya itu tidak dikuasai…iaitu “Pengiraan Kos”.

Pelajari dari Saiful Nang bagaimana beliau mengembangkan kerjaya fotografinya dari permulaan modal RM90 hingga berjaya mendapatkan sejuta yang pertama dalam tempoh 2 tahun sahaja. Anda boleh jadi lebih baik sekiranya anda telahpun mengetahui teknik pengiraan ini serta teknik pemasaran strategik itu dari permulaan kerjaya lagi.

Pelaburan RM45 untuk mengelakkan kesilapan yang ribuan ringgit kerugiannya ialah satu langkah bijak.

Mengapa Perlu Ada Bayaran Jika Ianya Perjumpaan ?
Setiap kali perjumpaan diadakan, pihak penganjur perlu menanggung kos sewa ruang, saguhati kepada penceramah & kos minum malam. Sekiranya anda merasakan RM 50 terlalu besar nilainya dengan ilmu yang disampaikan untuk meningkatkan prestasi serta kualiti fotografi anda. Pihak penganjur tidak memaksa untuk anda wajib hadir. Ini adalah inisiatif bagi mengumpulkan seberapa ramai jurufoto di negeri Johor untuk mengubah serta mendapatkan motivasi khas bagi integriti diri dan kerjaya anda.

Jumlah Penyertaan PJJ2009
Perjumpaan ini dihadkan pada 200 orang jurufoto sahaja kerana ruang terhad. Kepada sesiapa yang berminat boleh mendaftar dengan segera sementara masih punya kekosongan.

Saya belum menjadi jurufoto tetapi ingin menjadi jurufoto, bolehkah saya hadir ?
Boleh, anda boleh menyertai PJJ2009 sekiranya berminat, ini bagi membuka mata anda untuk melihat sebesar mana pasaran sebenar bagi jurufoto johor.

Saya pernah hadir perjumpaan 2008, adakah ianya sama seperti PJJ2009 ?
Ya, secara umumnya ianya adalah sama. Tetapi kali ini hanya 2 penceramah akan memberi seminar dengan lebih terperinci, serta sesi soal jawab bagi maklumbalas kesan-kesan perubahan anda pada PJJ 2008. Topik baru seperti DSRL-Video untuk jurufoto juga adalah pertama kalinya di Malaysia.

Saya bukan jurufoto dari negeri Johor, bolehkah saya sertai PJJ2009 ?

Boleh, perjumpaan ini terbuka kepada semua jurufoto, tidak semestinya negeri Johor sahaja. Sekiranya anda sering membuat liputan di negeri Johor, adalah baik mengenali pasaran Johor.

Saya sudah 10, 20 tahun dalam bidang fotografi, mengapa saya perlu hadir dengan perjumpaan sebegini ?
Dalam era fotografi digital, mengejar tren serta mengetahui perkembangan semasa adalah perlu bagi menjamin kestabilan perniagaan anda dalam bidang ini. Perjumpaan ini jarang diadakan, inilah peluang untuk bersama-sama serta memberi pengalaman & idea anda yang mungkin boleh dikongsi bersama.

Saya jurufoto baru, saya malu untuk hadir?
Sebagai orang baru dalam industri fotografi, mengenali dengan lebih dekat dan mencari "network" serta kenalan bagi karier baru anda. Jika anda malu untuk ilmu, menjadi satu kerugian kerana jika anda ingin bertanya secara peribadi dengan jurufoto yang telah terkenal adalah sangat sukar. Gunakan peluang ini dengan sebaiknya.

Saya cuma 'part-time' dalam bidang ini. Haruskah saya hadir ?
Samaada anda berkhidmat secara separuh masa atau sepenuh masa, tidak menjadi halangan untuk menyertai perjumpaan ini. Anda tetap jurufoto. Hampir 70% daripada jurufoto di Malaysia umumnya adalah "freelancer" atau separuh masa. Kami sebagai penganjur juga turut ingin berkongsi dengan semua bagaimana untuk menjadi "full-time" dan inilah selok-belok serta tips yang anda akan dapat di penghujung seminar ini. Bersifat terbuka untuk karier anda walaupun ianya sekadar "duit kopi" untuk poket anda. Bagi yang serius, inilah masanya menonjolkan diri anda.

Lokasi perjumpaan dan seminar sangat jauh dari tempat saya bagaimana mahu hadir?
Perjumpaan ini hanya sekali setahun, sedikit masa anda luangkan untuk hadir seminar ini dapat memberi dimensi baru kepada perniagaan anda. Jika masih tidak dapat hadir, hantarkan 1 atau 2 orang wakil daripada kawasan anda untuk mendengar seminar serta berjumpa dengan jurufoto-jurufoto sekitar Johor.

Tiket Penyertaan
RM 50 per individu atau RM 45 per individu bagi penyertaan berkumpulan (minima 5 orang).
Sebelum 11 November 2009.


Anjuran

Capturepix's Studio | Fotokahwin.com | Art Creative | Fx Shutter Production

Dengan Kerjasama

Candidsyndrome & CST Production.

02 September 2009

Find Us @ PUTRAJAYA

New Wing at PUTRAJAYA

Berita gembira buat bakal pengantin dan juga pengemar perkhidmatan fotografi kami
dengan segala sukacitanya kami telah menambah pusat perkhidmatan kami di
PUTRAJAYA

Dengan rasa berbesar hati
mengalu-alukan tempahan fotografi perkahwinan atau apa jua yang berkaitan dengan perkhidmatan tersebut di sekitar Lembah Klang dengan harga yang berpatutan di samping memberikan hasil kerja yang memberasangkan.

capturepixs

segala ajuan persoalan mengenai sample produk dan pakej boleh hubungi terus
Izat @ 012.27.555.93
Senior Photographer

CAPTUREPIXS STUDIO © 2013 Supported by Best Blogger Templates and Premium Blog Templates