• image01

    Creative

    Duet

  • image02

    Friendly

    Devil

  • image03

    Tranquilent

    Compatriot

  • image04

    Insecure

    Hussler

  • image05

    Loving

    Rebel

  • image06

    Passionate

    Seeker

  • image07

    Crazy

    Friend

20 July 2009

Diana & Zul Hazran





Majlis resepsi Diana & Zul Hazran berlangsung pada 11 July 2009, di Dewan Besar Tun Rahah. Dan outdoor potraiture shoot diadakan di sekitar Taman KLCC.


Assignment by : Artcreative Photography
Tag Along : Izat , Hakim Salleh

18 July 2009

Akikah - Anis Dania Aleesya





Anis Dania Aleesya ni adalah anak sulung kepada pasangan Ekin & Jepp.
Majlis berlangsung di rumah atok Anis di Taman Universiti, Skudai.




Regards,

Capturepixs Studio
Professional Photographer for Professional Photography
Johor Photographer
www.capturepixs.com.my

01 July 2009

Kos-Kos Fotografi Perkahwinan

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan :

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000 ke atas. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘menyewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya. Ia bergantung kepada pengalaman seorang jurugambar. Kebanyakan di sudut inilah seorang bakal pengantin kurang mengambil kira tentang kemahiran jurugambar yang akan mereka lantik sebagai Jurugambar Rasmi majlis perkahwinan mereka nanti.

3) Masa Perkhidmatan
Fotografi adalah satu bidang yang profesional dan jurugambar adalah merupakan seorang yang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan. Setiap jurugambar menetapkan masa yang berbeza-beza mengikut harga yang mereka tetapkan. Ianya berkadar langsung dengan kemahiran yang mereka ada.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan. Malah pada era sekarang, penggunaan album ‘storybook’ pula menitik-beratkan dari segi olahan gambar dan rekabentuk album yang menarik. Ini merupakan satu lagi kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang jurugambar dan khidmat jurugambar bukan sahaja tamat selepas selesai sahaja mengambil gambar. Malah berterusan sehingga album selesai dicetak.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan. Kos-kos ini sebenarnya telah pun dimasukkan dan dikira di dalam pakej yang ditawarkan oleh seorang jurugambar. Kos material adalah kos yang boleh dikatakan hampir sama bagi setiap jurugambar. Sekiranya anda melihat perbezaan harga seseorang jurugambar, ianya lebih banyak berbeza dari sudut kemahiran dan pengalaman mereka.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.


Penulis : Hasnuddin Abu Samah, Pengasas Adan Cameraworks
http://www.fototeacher.com




*artikel ini telah di sunting dan diolah semula oleh :


AyAres
Senior Photographer
Capturepixs Studio


CAPTUREPIXS STUDIO © 2013 Supported by Best Blogger Templates and Premium Blog Templates