• image01

    Creative

    Duet

  • image02

    Friendly

    Devil

  • image03

    Tranquilent

    Compatriot

  • image04

    Insecure

    Hussler

  • image05

    Loving

    Rebel

  • image06

    Passionate

    Seeker

  • image07

    Crazy

    Friend

22 February 2009

Persandingan : Ismaliza & Boutiflika

He is coming...like a Malay Worrior, like a King of Empire.
Walking with a tough steps and full of confidence.
To meet his Princess of soul.
























Wishing from us at Capturepixs, semoga hubungan suci ini berkekalan selamanya.

* coverage job of Fotokahwin



Capturepixs Studio
"Johor Wedding Photographer"

16 February 2009

Pernikahan : Ismaliza & Boutiflika

Majlis perkahwinan berlangsung di Felda Apeng Timur pada 25 January 2009.
Ismaliza is very sporting person.






















Job dari Fotokahwin.



Capturepixs Studio
"Johor Wedding Photographer"

10 February 2009

Resepsi : Wadi & Fiza

Majlis menyambut menantu pula berlangsung seminggu selepas majlis itu hari. Dan majlis ini diadakan di Salor, Pasir Mas, Kelantan. Ini merupakan kali ke-3, Capturepixs dapat panggilan untuk cover majlis di sebelah pantai timur. Sesuai dengan servis yang kami tawarkan iaitu wide-coverage, selagi ada yang meminati hasil kerja Capturepixs dan menginginkan Storybook Album yang terbaik dan design yang lain daripada photographer lain, selagi itu Capturepixs akan turun kemana saja hatta ke Sabah, Sarawak sekalipun.

Sebelum majlis berlangsung, hujan turun renyai tetapi Alhamdulillah mula beransur reda menjelang tengahari sebelum Fiza tiba bersama rombongan. Majlis yang sederhana sesuai dengan amalan kebanyakan penduduk sebelah pantai timur namun ianya tetap meriah tatkala kehadiran sekali lagi rakan-rakan dari Swift Club.

Ketika majlis sudah tamat, hujan kembali turun. Mungkin memberi peluang untuk pengantin tidur dengan nyaman sekali malam nanti.


















Capturepixs Studio
"Professional Photographer for Professional Photography"

05 February 2009

Persandingan : Wadi & Fiza

Persandingan Wadi & Fiza berlangsung di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Capturepixs menjadi Official Photographer pada majlis ini sekaligus merangkap sebagai tetamu kehormat yang turut serta hadir bagi mengabadikan majlis yang cukup bermakna ini. Senior Photographer, Ayares yang turun dari JB sehari sebelum majlis menginap di Armada Hotel, Petaling Jaya bagi memudahkan segala urusan.

Pasangan bahagia ini mula kenal each other semasa mereka sama-sama belajar di UKM. Wadi bekerja di Subang dan Fiza pula bekerja di Shell dekat Damansara. Wadi merupakan members club kereta Suzuki Swift dan kehadiran rakan-rakan kelab memeriahkan lagi suasana majlis dan gamat dengan senda gurau mereka. Dan kat majlis ni, tak sangka AyAres terjumpa member photographer dari satu forum fotografi yang merupakan rakan Wadi dari kelab Swift. Kecil jer dunia ni sebenarnya.

Tahniah kepada Wadi & Fiza dan semoga kekal sehingga akhir hayat. Kalau dah dapat anak nanti, jangan lupa jemput team Capturepixs untuk abadikan majlis bercukur pulak yer.











Capturepixs Studio
"Professional Photographer for Professional Photography"

03 February 2009

Photogenic

Photogenic atau dalam bahasa melayu-nya Fotogenik.
Dan bagaimana untuk menjadi seorang yang fotogenik?.
Adakah ianya semulajadi atau boleh dilatih pada seseorang individu?.

Sebenarnya seseorang boleh kelihatan fotogenik berdasarkan
beberapa kaedah dan cara yang akan Capturepixs kongsikan bersama.
Tip ini hampir 80% berjaya menjadikan seseorang itu kelihatan menarik
di dalam foto dan mereka amat menyukai foto tersebut berbanding sebelumnya.

1. Pilih pakaian yang bersesuaian
- Memilih pakaian adalah perkara utama. Corak pada pakaian juga memainkan peranan.
Begitu juga saiz pakaian biarlah bersesuaian dengan badan. Kalau tersalah pilih, kalian akan kelihatan lebih besar dari size sebenar dan sebaliknya. Sebagai contoh, pakaian berjalur tegak dan berwarna gelap tidak sesuai untuk seseorang
yang tinggi berbadan kurus.

2. Memilih warna pakaian
- Warna juga memainkan peranan . Warna yang gelap kebiasaannya akan menonjolkan seseorang itu kelihatan lebih kurus. Pilih warna pakaian berdasarkan warna kulit kalian dan juga warna rambut. Padankan agar ia bersesuaian. Memakai baju biru dan blouse biru sebagai contoh akan membuatkan wajah kalian tenggelam.

3. Kenalpasti sudut terbaik
- Untuk mengenalpasti 'angle' terbaik kalian. Ini melalui latihan kalian bergambar. Dan sentiasa lihat gambar yang menarik berdasarkan 'angle' badan kalian. Ia dapat membantu kalian supaya tidak kekok sekiranya di minta oleh jurugambar untuk melakukan pose.

4. Tenangkan diri
- Antara sebab gambar kalian tidak kelihatan fotogenik adalah kerana kalian gusar dan tidak tenang semasa berhadapan dengan kamera. Relax dan tenangkan bahu serta bahagian tangan kalian. Seterusnya jangan menahan nafas kerana ini akan membuatkan anda kelihatan tension. Sekiranya jurufoto lambat merakam foto anda, jangan cepat rimas dan teruskan pose dengan tenang dan sentiasa tersenyum.

5. Kenal-pasti jenis senyuman
- Senyum, sengih atau ketawa akan merubah ekpresi wajah kalian. Tiada apa yang paling menarik dalam sebuah potret kalian melainkan senyuman manis. Cuba berlatih untuk senyum dihadapan cermin dan lihat senyuman bagaimana yang menarik dan membuatkan wajah kalian lebih cantik. Kebanyakan fotogenik adalah senyuman yang menampakkan sedikit barisan gigi. hadapan. Tetapi harus diingat, pastikan gigi kalian putih dan bersih. Sekiranya kalian tidak suka akan kelihatan gigi, pastikan senyuman kalian tidak terlalu dibuat-buat.
Memaksa untuk senyum akan membuatkan gambar kalian kelihatan sungguh buruk.

6. Fikirkan perkara yang gembira
- Memikirkan perkara gembira atau tentang saudara mara, rakan-rakan atau anak saudara kalian yang comel ( siapa sahaja yang buat kalian rasa happy ) bakal membuatkan kalian kelihatan ceria. Jangan memaksa diri kalian untuk senyum terlalu lama kerana ia membuatkan kedutan muka kelihatan tegang. Pastikan kalian ulang senyuman setiap 30 saat sekiranya jurufoto mengambil masa terlalu lama.

7. Dapatkan jurufoto yang bagus
- Selain diri kalian sendiri yang perlu berlatih dan memahami bahasa tubuh kalian. Jurufoto juga adalah merupakan individu yang penting dalam merakamkan potret fotogenik kalian. Dapatkan seorang jurufoto yang berpengalaman, dan sebolehnya yang menggunakan peralatan yang bersesuaian. Jurufoto yang berpengalaman sudah pasti akan tahu untuk membantu kalian memberikan pose yang terbaik dan mereka dapat mengetahui sudut dan ekpresi wajah kalian yang paling menarik untuk mereka rakamkan. Peralatan milik jurufoto juga adalah bagi membantu mereka mendapatkan foto yang terbaik. Justeru itu, jurufoto yang berpengalaman dan professional sudah pasti menggunakan peralatan yang baik dan bersesuaian. Selain itu, perkara kedua adalah berkenaan jurufoto adalah dengan memilih jurufoto yang mempunyai PR yang bagus seperti peramah dan mempunyai 'sense of humor' yang tinggi supaya kalian tidak merasa janggal mahupun kekok semasa penggambaran.

8. Pengolahan Digital
- Cara terakhir adalah melalui proses olahan digital. Ini setelah pelbagai cara yang dilakukan tetapi kalian masih kelihatan tidak menarik di dalam foto. Pengubahan dari segi efek cahaya, olahan warna dan gabungan warna memainkan peranan untuk membantu foto kalian kelihatan lebih menarik berbanding sebelumnya. Namun harus diingat, etika seorang jurufoto adalah dengan tidak mengubah bentuk fizikal subjek mahupun penukaran latarbelakang menjadikan foto tersebut lebih dari 50% berbeza dari foto asal.


Akan datang, Capturepixs akan sambung berkaitan bagaimana memilih jurufoto yang bagus dan yang bersesuaian dengan majlis kalian. Nantikan...





Capturepixs Studio
"Professional Photographer for Professional Photography"

02 February 2009

Album & Design

Ini cumo beberapo sampel layout storybook album yang kami designkan.
Kami sarankan kalian datang sendiri ke showroom kami untuk lihat storybook album yang sudah siap di print. Kami pasti kalian akan teruja.



frame01



Design06


design01


design02

design04

design05

design03



Copyright Reserved
www.capturepixs.com.my

CAPTUREPIXS STUDIO © 2013 Supported by Best Blogger Templates and Premium Blog Templates